Thursday, 15 May 2014

10 Tips Didik Anak Mengikut Cara Islam

Assalamualaikum....

Ibu Bapa selalu mengadu anak tak dengar kata, suka mengamuk, suka menangis, suka kacau bila kita buat kerja, suka buat perkara-perkara yang membahayakan diri, suka buat benda-benda yang menaikkan kemarahan kita, suka sepahkan rumah dan macam-macam lagi lah. 

Dulu mia macam tu jugak. Mia memang lasak sangat sampai kadang-kadang menguji kesabaran kita. Tapi Alhamdulillah dapat atasinya sikit demi sedikit dengan bantuan nasihat kawan-kawan dan sedikit pembacaan. 

Kalau boleh tak nak lah tersilap didik kerana takut akan beri impak yang negetif bila mia  besar nanti. Pada kita didikan cara Islam adalah cara terbaik untuk diaplikasikan. Bagi korang yg pening-pening dengan perangai anak tu cuba aplikasikan 10 tips nie k. Buat slow2 insyaAllah sikit-sikit lama-lama boleh ikut :)

10 Tips Didik Anak Mengikut Cara Islam

1. Jangan pukul anak dari lutut ke atas.

 

2. Jangan gunakan tangan atau anggota tubuh kita untuk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. Bimbang anak bertambah nakal.

 

3. Rotan atau pukul anak di tapak kakinya. Secara sainstifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan dan merangsang ke bahagian otak.

 

4. Mulakan hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.

 

5. Berikan anak anda pelukan setiap hari. kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat drpd anak yang jarang dipeluk.

 

6. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang. pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin dengan diri apabila berhadapan dengan org lain.

 

7. Dengarlah cerita anak anda. Cerita itu tak dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.

 

8. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

 

9. Tunjukkan kepada anak anda bagaimmana cara untuk menenenangkan diri . mereka akan menirunya.

 

10. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yg sama akan menghargai barang-baarang kesayangan anda.

 

Belum betul-betul ikut semua 10 tips kat atas nie. Tapi Alhamdulillah mana-mana yg kita ikut tu memang menjadi. Mia pun sekarang dah 3 tahun. Nakal-nakal tu memang adalah, tapi mia jenis dengar cakap. Bila suara kita tinggi sikit je mia akan slow down dan masih respect kita sebagai ibu :)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...