Friday, 17 May 2019

Permainan Blok Untuk Anak Lebih Kreatif

Hai, Assalamualaikum.

Hari ni rasa nak kongsi mainan yang Mia dan Khalif suka main. Di rumah ni memang saya sediakan satu bilik mainan untuk anak-anak supaya mereka bebas nak main apa yang mereka suka dan paling penting mereka boleh sepahkan apa yang mereka nak (huhu). Nak kemas pun senang dan ruang tamu pun sentiasa bersih. Demi anak-anak ibu sanggup bagi Master Bedroom sebagai bilik mainan. Lebih luas dan selesa. Memang kena buat bilik khas untuk mainan-mainan mereka yang hampir setiap hari bertambah. Setiap kali keluar je mesti nak beli mainan. Takpelah, ibu ayah faham dengan usia anak-anakyang masih kecil lagi ni memang sukakan mainan kan.

Boleh dikatakan semua mainan yang ada di kedai tu nak dibeli. Kadang-kadang masa di kedai suka sangaat- sangat mainan tu. Tapi bila sampai rumah dah tak dipandangnya. Memang membazirkan. Tapi ada satu mainan ni kalau dibeli memang berbaloi. Mainan nie paling tahan lama dan paling disukai iaitu  menyusun blok. Untuk memudahkan anak-anak bermaian,  saya sediakan satu kotak khas untuk blok sahaja.

Maianan blok ni memang sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak. Saya memang galakkan anak- anak main blok supaya mereka dapat asah dan tonjolkan kreativiti mereka. Selain itu, blok bagus untuk anak-anak lebih fokus dan bantu tingkatkan tenaga kognitif mereka. Kalau nak anak pandai menulis boleh selalu dedahkan anak dengan blok. Bila tengok Khalif susun blok-blok tu saya boleh nampak personiliti Khalif. Khalif paling suka susun ikut warna,suka bina rumah dan buat robot.

Mainan blok ini lebih tahan lama dan tak mudah rosak. Boleh tahan bertahun-tahun. Lagi bagus kalau beli yang berjenama sikit. Contoh macam saya pernah beli ialah LEGO. Saya beli dari zaman Mia kecil lagi. Sampailah sekarang Mia dah 8 tahun, LEGO masih elok lagi, nampak macam baru beli semalam, warna tak pudar, tak pecah. Sekarang ni, Khalif yang selalu main LEGO ni. Dalam banyak-banyak blok Khalif paling suka main LEGO. Mudah dipasang dan tak mudah terbuka. Takdelah masalah selepas dah bina blok senang roboh kan.

Bagaimana dengan ibu bapa di luar sana. Apa yang anak- anak selalu dan suka main ? Sudilah komen di bawah. Jom layan video ni. Saya ambil masa Khalif tengah main LEGO. InsyaAllah ada masa lagi saya kongsi mainan yang anak- anak saya suka main. Sekadar suka-suka untuk kongsi dengan ibu bapa diluar sana.




Thursday, 16 May 2019

Nak Mula Ajar Anak 4 Tahun Belajar Iqra

Hai, Assalamualaikum.

Al Kisahnya nak cerita pengalaman ajar Ahmad Khalif baca Iqra. Akhir bulan ni Khalif masuk 4 tahun. Tahun depan dah nak sekolah dah. Plan nak start serius ajar Khalif Iqra untuk persediaan tahun depan. 

Yang saya nampak, perangai Khalif ni, dia susah nak fokus dan cepat bosan. Lagi satu, dia tak suka ikut apa yang kita sebut. Kalau kita sebut Alif dia sebut Baa. Tak pasti samada dia main-main atau dia memang tak boleh ikut. Kita nak ajar Iqra 1 tapi dia nak baca Iqra 6 terus. 

Tahun lepas pernah cuba ajar dia Iqra 1. Mula-mula nampak macam boleh teruskan. Tapi tertunda sebab macam-macam kerenah menyebabkan ibu jadi kurang sabar nak teruskan. Makanya dapatlah satu muka surat. Sempat rekod video ajar Khalif Iqra masa umirnya 3 tahun. Yang nak tengok boleh klik video ni. 



Ada tak ibu- ibu yang dah ajar anak Iqra seawal 4 tahun ? Kalau ada boleh kongsikan tak macam mana cara nak galakkan anak kecil baca Iqra.Manalah tahukan boleh dipraktikkan pada Khalif. Kalau ada idea atau pengalaman sudi-sudilah kongsi di komen ye. Thank you so much ! 

Tuesday, 30 April 2019

Vlog Pertama Mia Qaisara

Hai..Assalamualaikum.

Layam video nie..pengaruh youtube..nak cakap depan camera jugak πŸ˜…...walaupun agak terabur gak but not bad mia..well done 😊




Thursday, 16 March 2017

Ruang Kecil Menghasilkan Pulangan Yang Besar

"Ruang Kecil Menghasilkan Pulangan Yang Besar"

Semakin ramai yang bekerja dari rumahkan sekarang. Bekerja dari rumah tidak memerlukan modal yang besar bagi memulakannya. Kita cuma memerlukan SOHO atau Small Office Home Office iaitu work station atau sudut khas untuk aktiviti bisnes kita supaya kerja kita terurus. Bila kerja kita terurus InsyaAllah dengan hanya ruang yang kecil nie kita boleh menghasilkan pulangan yang besar tau. Macam saya, ada 2 tempat atau sudut khas untuk bisnes shaklee saya di rumah. Satu di SOHO dan saya tambah satu lagi rak khas.

1. SOHO

SOHO tempat saya memerah idea untuk bisnes..so segala buku, planner saya letak kat SOHO...SOHO saya kat ruang tamu je..penah letak dalam bilik tp akhirnya tak diguna sangat..anak2 lagi suka duduk depan...so lg praktikal letak kat ruang tamu je...actually dah lebih 10 kali kot SOHO saya bertukar-tukar sbb saya cepat boring..pasnie comfirm tukar tempat lagi.hihi..

Ruang Kecil Menghasilkan Pulangan Yang Besar, SOHO, Bisnes, Bisnes Shaklee, Tips Bisnes Dari Rumah, Bisnes tanpa Perlu Modal Besar, Bisnes Tanpa Kedai, Bisnes Berisiko Rendah, Tips Menguruskan Bisnes Dari Rumah

2. RAK 

Rak pulak tempat saya simpan stok2 shaklee saya..so semua hal ehwal berkenaan stok ada di rak...segala resit, flyer, bisnes card, slip pos laju semua letak sini...senang nak packing, nak recheck apa-apa semua ada kat sini..biasanya slip2 poslaju n resit2 sebelum saya susun2 dalam file saya letak je dalam laci sebelah rak tu..nak letak kat rak tak bole sbb kang ada yg lebih pandai mengemas sebab tu saya letak semua terbalik camni tau..hihi....biasalah budak-budak tengah membesar sibuk nak explore.

Ruang Kecil Menghasilkan Pulangan Yang Besar, SOHO, Bisnes, Bisnes Shaklee, Tips Bisnes Dari Rumah, Bisnes tanpa Perlu Modal Besar, Bisnes Tanpa Kedai, Bisnes Berisiko Rendah, Tips Menguruskan Bisnes Dari Rumah

Simple je kan sudut bisnes saya..lagipun saya banyak order online..so tak memerlukan stok yang banyak..segala slip saya boleh refer email...lebih jimat kertas n space...kalo saya nak recheck order saya just cek kat shaklee2u je...mudah sangat buat bisnes shaklee..shaklee banyak tolong dari segi pengurusan order. So sape nak bisnes yg senang nak diuruskan, pilihlah bisnes shaklee nie k.

Rancang Target Sales setiap awal bulan sangat penting. Tetapi ada yang lebih penting sebelum tu. 
Nak tahu ?
Tonton video nie 😊





Beli Tiket Flight Ke Jakarta Guna Duit Bisnes

Kalo buat WISH LIST memang panjang kan. Macam-Mcam nak reward, bukan untuk diri sendiri tapi jugak untuk orang tersayang, mak abah, suami dan anak-anak.. Macam-Macam nak bagi kat diorang setiap kali dapat gaji 😊

Memang bila dapat je BONUS SHAKLEE setiap bulan dah siap-siap buat kira-kira berapa percent nak bagi reward kat diri sendiri dan kat diorang. Tapikan hobi saya bila dapat BONUS, saya paling suka menyimpan. Saya rasa tu satu reward paling besar pada saya dan untuk future anak-anak. Memang saya jenis berjimat cermat. Walaupun ada lebih saya akan simpan, saya tak mudah nak beli barang yang bukan keperluan. Kene selalu beringat langit tak selalu cerah 😊

Seingat-ingat saya lah paling banyak saya penah reward guna BONUS SHAKLEE saya sampai saya sanggup keluarkan duit simpanan saya ialah "beli tiket flight ke Jakarta". Macam saya kata saya memang bukan simply nak suka-suka berbelanja kalau bukan keperluan. First time tu saya pergi oversea..haha... Tapi bila pike2 balik apasalahnya kan reward hasil titik peluh selama nie. Actually tu pun sebab nak ikut mommy shaklee saya jalan-jalan sambil melancarkan group bisnes Indonesianya di sana πŸ˜…


Beli Tiket Flight Ke Jakarta Guna Bonus Shaklee, Bisens, Bisens Shaklee, travel ke jakarta, Beli Tiket Flight Ke Jakarta Guna Duit Bisnes

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...