Jumaat, 7 Jun 2013

Jambatan Pulau Pinang Runtuh

Assalamualaikum kawan2...

Jambatan Pulau Pinang runtuh...

Seram je dengarkan. Mula-Mula ingatkan jambatan yang sedia ada. Biar betulkan. Rupa-Rupanya jambatan yang lagi satu, yang baru nak buat. Camne boleh runtuh..huhu..

Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh 
 Anggota keselamatan sedang memeriksa keadaan runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan. - fotoBERNAMA


GEORGE TOWN: Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira 7.15 Khamis malam.
Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.
Anggota keselamatan dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap.
Sehingga kini difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan.
Pihak polis bimbang kemungkinan empat maut apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan bahawa seorang penunggang motosikal yang sebelum ini terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar.
Beliau mengalami kecederaan pada kepalanya.


Khamis, 6 Jun 2013

Balik kampung emergancy


Assalamualaikum....hai kawan2 sume...

Last week balik kampung Segamat. Balik emergancy. Mak call dalam kul 11 lebih camtu, malam jumaat, sampaikan berita Tok Mak dah kembali ke Rahmatullah. Mula-mula langsung takde rasa pape. Macam dgr org lain yg meninggal. Memang tak nangis pun. Lagipun memang dah lama tak jumpe. Malam tu time kemas2 beg barulah rasa sedih ckt. Arwah tok mak dah 82 tahun. Meninggal on de way nak g hospital. Harini dah masuk hari ke-8 dah. Semoga tok mak tergolong dalam golongan org2 yg beriman.

Kami gerak subuh dalam kul 6 camtu. Tak gerak malam sbb nak bagi ayah mia tido dulu. Takut nanti dia ngantok pulak gerak malam2. Kitalah tak tido malam. Sibuk kemas baju, basuh baju, sidai baju sume. Kol 3 pagi baru tido. Bangun terus siap2, tak mandi pun. Ayah mia je yg mandi. hehe. terus gerak. Alhamdulillah...jalan clear..sampai kampung 15 minit awal. kol 8.45...Mia sepanjang perjalanan tu tido bersama-sama ngan ibu.Sampai Segamat terus ke rumah arwah tok mak. Dapat cium dahi tok mak 2 kali. Sejuk je. Pukul 11 tok mak selamat dikebumikan.

Lepas je kebumi perut mmg lapar gila-gila. Tak makan dari pagi. Before balik singgah beli makanan dulu. Sampai rumah mak, tak mandi, tak apa terus je makan...haha..lapar sangat.....pastu apalagi tido baliklah. Penat badan tak abis lagi, tido pun tak puas lagi. Malam buat kenduri tahlil.

Petang Sabtu, bawak budak2 g 1 Segamat. 1 Segamat ni baru je bukak. Bawak mia n sacha main playgym kat ctu. 1 jam main, sonoklah dorang. Kita n along apalagi, g makan dulu, jalan2 window shopping je.. Ayah mia yang temankan diorang main. Sonok betul main. Pastu sambung pulak main kat luar. Cian diorang, dok rumah boring. Main kat cni safety ckt, lagi satu bersih. Maklumlah dioarng ni puteri lilin...hihi...  Pic kat playgym takde..sebab ibu2 cbuk g makan..






Balik rumah terus siap2 g tahlil arwah untuk malam ke-2. malam ke-3 tak dapat nak join. Pagi2 dah kene gerak g Melaka pulak. Join Kelas Shaklee lak. Saje je join, tambah ilmu, tambah kawan, tambah aura...hihi..Nak tau kisah class kat Melaka, korang baca je kat link sini. Tunjuk gambar je lah ye...

Yang baju putih tu lah cikgu class kami...Kak Zeti & Yang sebelah tu mommy shaklee saya Hadha...  
Yang gelak sakan tu organisr class

Antara yang hadir. 

Oklah..kita jumpa di lain entry pulak k...have a nice day..:)

Rabu, 1 Mei 2013

Restoran Tempayan ada Playroom..


Assalamualaikum & Selamat Hari Pekerja!!!!

Yeah!!! harinie ayah cuti....ayah mandikan saya......ibu tak cuti...jap g nak teman ibu g hantar barang....bestnya..bolehlah saya jalan2 jugak...:)

iklan gigi tak gosok lg...tp putih la...

baru lps mandi...

Selalu kalo esoknya cuti, malam tu mesti kitaorg makan luar...actually kalo makan luar kitaorg mesti pening kepala...bukan pe, dok pike nak cari tempat makan yg paling strategik, yg senang kitaorg nak makan...mia seminit pun tak diam n kalo leh dia nak jalan n tak mau duduk makan elok2....Ibu ngan ayah pun makan dalam keadaan tak tenteram...paling bahaya kalo makan kedai yg kat tepi jalan n takde pintu kaca tu...

Tapi baru2 ni kami dah jumpa tempat yg sesuai....Restoran Tempayan....dekat Sungai Buloh...kalau dari mrr2 tu samapilah ke hujung naik je flyover ke kanan then nampak the store sebelah kiri korang...restoran sblh kanan korang n sblh je dgn kfc...menariknya tempat ni ada play room untuk anak2 main....ok la camtu...ibu n ayah bole makan sambil tgk mia main..macam kat umah..kan senang..makan dgn tenang n takde nak terkejar-kejar....makanan pun not bad...mmg sedap...nasi byk, lauk byk...mmg kenyang....bersih pulak tu...boleh nampak dapur n tukang masak dok masak kat dapur.....memang puas hati dgn restoran ni....memang restoran ni akan selalu jd port ktorang la..hihi...

sebelum gerak posing dulu...

mula2 malu2, takut2...ajak ayah sekali..

dah tak peduli ibu n ayah...

nak main ngan kawan jugak...

nasi goreng paprik ku

nasi goreng usa hubby
makan dgn licin....mia pun makan byk...mia kalo makan byk tu tandanya sedap la tu...sbb mia ni makan memilih orgnya...

Selasa, 30 April 2013

Miss my blog

Assalamualaikum....

"Miss my blog"

Lama je tak post kat blog ni...3 bulan tak update...huaaaa..lamanya... sibuk post kat blog shaklee sampai tak sempat nak jenguk cni..tambah2 lg skrg dah dok umah mengadap mia 24 jam...so mmg takde masa nak merindu2 kat mia dah...selalu kalo cite kat blog ni sbb rindu bangat sama mia...miss u all jugak..lama tak blogwalking...

Actually skang kita dah tak kerja kat ofis...kerja dr umah je sambil jaga mia....mana yg tak tau lg kita skang dah fully buat biz shaklee...korang kalo cari vitamin ke, supplement ke, roger2 la kita ye...insyaAllah kita bg service tip top...hihi..mmg dah lama berangan nak macam ni..alhamdulillah tercapai jugak hajat ku...hihi..

Nak cite panjang2 pun tak leh..cik mia ni bukan kasi sgt mengadap notebook ni...dia suro ngadap dia je..yelah dia boring takde kawan kat umah..lps tu dia suro ibu tgk je dia main tak yah wat pape..kalo draw kat kertas dia draw sorang2 je...ibu tak leh draw..ibu tgk je..adeke camtu...buat ibu cam tunggul..boring la ibu...

Kalo g playground skang bukan main lg dia ajak kawan main..kalo kawan dtg umah dia pulak bwk g bilik mainan dia..min sama2...umah ktorg pulak kalo org lalu lalang mmg dgr..kalo anak jiran lalu bukan main sonok lg dia ajak bukak pintu...dulu dia lah paling garang dgn kawan2...skang ngadap ibu tau lah betapa boring nya kan....sbb tulah ayah mia selalu je bwk kitaorg jalan2 n makan kat luar..dia tau ktorg boring dok umah...hihi...

ok lah..insyaAllah ada masa kita update lg k...:)

korang support la biz shaklee kt ye...
blog shaklee kita...www.ladysara84.blogspot.com
fanpage kita www.facebook.com/Healthywithsarah



Selasa, 22 Januari 2013

Kembali update perkembanan mia.....

Assalamualaikum!!!

Apa kabar semua...lama sangat tak jenguk blog nie....harinie barulah berkesempatan.....busy sangat....macam2 berlaku dalam tempoh tak berblog kat cnie....byk yg dah berubah...mia pun dah besar....tak dapat nak update perkembangan mia dalam tempoh 6 bulan nie....:(

takpe.... start from today update balik...insyaAllah....

Bulan depan mia nak masuk 2 tahun dah....cepat je masa berlalu kan.... ok malas nak cakap banyak...nak letak pic terbaru mia....tengok gelagat mia kat kampung...sempat mandi dalam pool dengankakak schasha...:)

















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...