Friday, 7 June 2013

Jambatan Pulau Pinang Runtuh

Assalamualaikum kawan2...

Jambatan Pulau Pinang runtuh...

Seram je dengarkan. Mula-Mula ingatkan jambatan yang sedia ada. Biar betulkan. Rupa-Rupanya jambatan yang lagi satu, yang baru nak buat. Camne boleh runtuh..huhu..

Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh 
 Anggota keselamatan sedang memeriksa keadaan runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan. - fotoBERNAMA


GEORGE TOWN: Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira 7.15 Khamis malam.
Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.
Anggota keselamatan dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap.
Sehingga kini difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan.
Pihak polis bimbang kemungkinan empat maut apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan bahawa seorang penunggang motosikal yang sebelum ini terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar.
Beliau mengalami kecederaan pada kepalanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...