Khamis, 16 Mei 2019

Nak Mula Ajar Anak 4 Tahun Belajar Iqra

Hai, Assalamualaikum.

Al Kisahnya nak cerita pengalaman ajar Ahmad Khalif baca Iqra. Akhir bulan ni Khalif masuk 4 tahun. Tahun depan dah nak sekolah dah. Plan nak start serius ajar Khalif Iqra untuk persediaan tahun depan. 

Yang saya nampak, perangai Khalif ni, dia susah nak fokus dan cepat bosan. Lagi satu, dia tak suka ikut apa yang kita sebut. Kalau kita sebut Alif dia sebut Baa. Tak pasti samada dia main-main atau dia memang tak boleh ikut. Kita nak ajar Iqra 1 tapi dia nak baca Iqra 6 terus. 

Tahun lepas pernah cuba ajar dia Iqra 1. Mula-mula nampak macam boleh teruskan. Tapi tertunda sebab macam-macam kerenah menyebabkan ibu jadi kurang sabar nak teruskan. Makanya dapatlah satu muka surat. Sempat rekod video ajar Khalif Iqra masa umirnya 3 tahun. Yang nak tengok boleh klik video ni. 



Ada tak ibu- ibu yang dah ajar anak Iqra seawal 4 tahun ? Kalau ada boleh kongsikan tak macam mana cara nak galakkan anak kecil baca Iqra.Manalah tahukan boleh dipraktikkan pada Khalif. Kalau ada idea atau pengalaman sudi-sudilah kongsi di komen ye. Thank you so much ! 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...