Rabu, 19 Mac 2014

Kembar HAFIZ AF jadi cikgu Kelas BLOG

Assalamualaikum...

Kita sambung lagi cerita aktiviti di hujung minggu...

2 harinie memang aktiviti penuh dengan mencari ilmu...Alhamdulillah...rasa bertuah sbb terpilih....terpilih menjadi sebahagian drpd mereka yg mendapat ilmu...

Hari ahad yg lepas, KELAS BLOG telah diadakan di Shah Alam, dianjurkan oleh mama Butterfly...tq Nurul sudi pelawa kami...mama Butterfly mmg dah melekat kat Nurul nie..Korang bolehlah ke blog Nurul di sini ye...tajuk kelas "BRANDING BLOG"...macam best je kan tajuk...tapi memang best pun..

Cikgu blog pd hari tersebut ialah pasangan suami isteri FAIZ dan AINUL MUSTAFA....Mesti terkejutkan bila baca tajuk tu...hihi...Saje je nak bagi gempakkan...Actually masa mula2 dulu jumpa FAIZ..rambutya macam HAFIZ AF tu...diorang berdua nie memang kaki blog lah...hihi...terror bab2 blog nie...rajin sharing tentang blog bila jumpa kami...

Myb ada antara korang yang kenal AINUL MUSTAFA nie...dah lama jugak AINUL dalam dunia blog nie...kira blogger yg famous jugaklah...kalau tak takkanlah sampai masuk tv kan...diorang pernah dijemput oleh stesen TV untuk rancangan SEMANIS KURMA...Kalau korang nak tgk bolehlah ke blog AINUL di sini dan kalau nak tengok blog FAIZ yg banyak konterversi tu boleh lah tengok kat sini ye..

Banyak betul ilmu tentang blog yg dikongsikan oleh pasangan suami isteri nie..kami terlalu leka n seronok meng"explore" tentang blog nie sampai tak nak balik...rasa cam tak cukup masa...rasa macam banyak benda lg tentang blog nie yg kami nak tahu dari pakar blog kami nie.....so pasnie haruslah buat lagi kelas blog nie...tq so much korang sbb sudi share...sharing free pulak tu..takde bayaran langsung...cuma bayar RM10 je...lepas tu Nurul siap belanja lunch lg...Ya Allah murah rezeki...Semoga murah rezeki korang :)

Pengaruh dari FAIZ, BLOG SHAKLEE kita dah berubah wajah...hihi..nanti korang tengoklah kat sini ye...Kalo nak comment pun boleh...lagi best kalo tengok guna mobile mood...sangat teratur guna tamplete nie...Kalo korang nak jugak jom jadi ahli dulu..hiihi..nak jadi ahli boleh tengok kat cnie...

Berbaloi bawak mia keluar rumah pagi2...dengan tak mandinya...tp kami dah tau kat kelas ada toilet..so mandi kat kelas je lah...mia siap sambung tido kat kelas...nasib ada ruang kosong kat sebelah kelas tu..lama mia tido...korang kalo nak buat kelas ke apa, kt suggest tempat nie..memang selesa..ada air cond...ada wifi..kalo nak buat kelas hands on sesuai sangat...tempat makan pun ada berdekatan kelas...tp kelas nie korang kene exercise ckt sbb tingkat 3 :)

Lupa nak bgtau, my hubby pun dah ada blog tau...hihi..sejak g kelas nie, nampak dah dia semangat nak update blog...chaiyok..chaiyok abg!!!korang pun support lah my hubby ye...boleh tgk blog dia kat sini..

Korang tengok je lah pic kat bawah nie ye... bye n tq sudi singgah..next time jengguk lg rumah kita nie ye..nantikan sambungan cerita aktiviti kami selepsa kelas pulak :)

Kembar HAFIZ AF jadi cikgu Kelas Blog
Kelas baru nak mula..
Kembar HAFIZ AF jadi cikgu Kelas Blog
MY HUSBAND kat belakang je tu...
Kembar HAFIZ AF jadi cikgu Kelas Blog
Kemabar HAFIZ AF@FAIZ
Kembar HAFIZ AF jadi cikgu Kelas Blog
Kusyuk dengar...sebelah kiri tu KAK MIAH dtg jauh dr MELAKA, yang kiri ti MUNA dr GOMBAK
Kembar HAFIZ AF jadi cikgu Kelas Blog
Ne lah MAMA BUTTERFLY@NURUL
Kembar HAFIZ AF jadi cikgu Kelas Blog
Sambil dukung anak sambil belajar...KAGUMKAN...
Kembar HAFIZ AF jadi cikgu Kelas Blog
KELAS kami memang riuh dengan anak2
Kembar HAFIZ AF jadi cikgu Kelas Blog
AINUL MUSTAFA tengha pregnant tu tapi bertenaga sungguh...

Isnin, 17 Mac 2014

AMIN IDRIS di Jom Hebat Mega

Assalamualaikum...

Dah bersawang rumah kita nie..lama tak balik sini...Harinie balik rumah nak bersihkan balik... 

 Rasmikan dulu dengan  entry kali nie nak bercerita tentang JOM HEBAT MEGA yg diadakan di INSTITUT SOSIAL MALAYSIA. Memang GEMPAKlah event nie....didatangi dengan SPEAKER jemputan Amin Idris, pengacara dari TV AL HIJRAH memeang sungguh ENERGATIC tau....
 
So What...Kau Ada?
Never say NEVER, Fight till FOREVER!

Pagi-pagi kami dah disajikan dengan shring hebat dari MAK BINTANG. Kagum tengok beliau sebab dapat bercakap dengan slumber je kat atas pentas. Kelakar bila beliau cerita tentang satau matlamat yg dah tercapai, iatu nak beli kereta Honda Civic. beli bukan untuk drive tapi untuk tengok pun jadilah. dapat bawak sekali pun dah rasa puas. Semoga matlamat  beliau nak suami pencen awal tercapai....

Lepas tu, ada pelancaran iREACH di bawah group pasangan suami isteri, Master Zainul dan Master Lyna Noh. Kiranya, kita nie salah sorang susur galur diorang jugaklah. Beruntung dapat jadi susur galur diorang. Macam-macam ilmu baru yang fresh dari mereka nie. Harap-harapnya pelancaran iREACH boleh majukan kita n susur galur bawah kita untuk terus capai matlamat dalam bisnes Shaklee niee...

Ada lagi aktiviti pagi tu, iaitu FORUM KAIN PELIKAT. Mesti korang pelikkan forum apa nie..Actually forum nie berkenaan isu suami tak support wife buat bisnes shaklee. Ada 3 panel, 2 dari pihak suami n sorang dari pihak isteri. Memang best forum nie, tambah2 lagi dikendalikan oleh Fahmy Suhaimi. Suami2 silalah support wife buat  bisnes ye, selagi diorang tak abaikan tanggungjawab. Lagipun isteri bukan buat jahat  pun...nak tolong suami jugak...nak buat sesuatu yang bermanfaaat...benda yg baik jangan dihalang...patutnya lebih bersyukur sebab isteri ada hati nak tingkatkan taraf hidup keluarga...jadi jangan perlekehkan pengorbanan isteri tu ye...hargai mereka...selalu keluarkan kata2 yg manis pd mereka...isteri2 memang suka tu...

Petang tu, barulah kami diriuhkan dengan Amin Idris sebagai speaker jemputan. Motivasi yang beliau sampaikan sangat terkesan. hubby pun kata best. Nasib baiklah time petang tu mia tidur. Dapatlah kami berdua Fokus n menghayati apa yg disampaikan.Actually kan event2 yg group kami anjurkan memang boleh bawak anak2...siap diorang sediakan toy, colour pencil supaya anak2 tak boring...mia lg la seronok sbb dapat jumpe kawan2 n dapat kawan baru...

Memang rugilah siapa yg tak datang JOM HEBAT MEGA nie...Banyak ilmu yang diserap...lebih positif dan lebih bersemangat....

layan picture pulak ye...picture tak banyak..

Bersama cucu shaklee Aini Kamsani
bag tangan ibu..ke mana2 je bawak..
MATLAMAT yang JELAS TINDAKAN JELAS
Ya, Emas untuk aku!
Sempat berposing dengan Master Lyna Noh
Dengan Master Hadhatina (mommy shaklee ku) yg pegang baby tu...
Last sekali, sempat bergambar dengan Amin Idris
Ok..sekian kisah untuk harinie..insyaallah jumpe di entry lain pulak ye...bye :)

Jumaat, 7 Jun 2013

Jambatan Pulau Pinang Runtuh

Assalamualaikum kawan2...

Jambatan Pulau Pinang runtuh...

Seram je dengarkan. Mula-Mula ingatkan jambatan yang sedia ada. Biar betulkan. Rupa-Rupanya jambatan yang lagi satu, yang baru nak buat. Camne boleh runtuh..huhu..

Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh 
 Anggota keselamatan sedang memeriksa keadaan runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan. - fotoBERNAMA


GEORGE TOWN: Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira 7.15 Khamis malam.
Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.
Anggota keselamatan dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap.
Sehingga kini difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan.
Pihak polis bimbang kemungkinan empat maut apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan bahawa seorang penunggang motosikal yang sebelum ini terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar.
Beliau mengalami kecederaan pada kepalanya.


Khamis, 6 Jun 2013

Balik kampung emergancy


Assalamualaikum....hai kawan2 sume...

Last week balik kampung Segamat. Balik emergancy. Mak call dalam kul 11 lebih camtu, malam jumaat, sampaikan berita Tok Mak dah kembali ke Rahmatullah. Mula-mula langsung takde rasa pape. Macam dgr org lain yg meninggal. Memang tak nangis pun. Lagipun memang dah lama tak jumpe. Malam tu time kemas2 beg barulah rasa sedih ckt. Arwah tok mak dah 82 tahun. Meninggal on de way nak g hospital. Harini dah masuk hari ke-8 dah. Semoga tok mak tergolong dalam golongan org2 yg beriman.

Kami gerak subuh dalam kul 6 camtu. Tak gerak malam sbb nak bagi ayah mia tido dulu. Takut nanti dia ngantok pulak gerak malam2. Kitalah tak tido malam. Sibuk kemas baju, basuh baju, sidai baju sume. Kol 3 pagi baru tido. Bangun terus siap2, tak mandi pun. Ayah mia je yg mandi. hehe. terus gerak. Alhamdulillah...jalan clear..sampai kampung 15 minit awal. kol 8.45...Mia sepanjang perjalanan tu tido bersama-sama ngan ibu.Sampai Segamat terus ke rumah arwah tok mak. Dapat cium dahi tok mak 2 kali. Sejuk je. Pukul 11 tok mak selamat dikebumikan.

Lepas je kebumi perut mmg lapar gila-gila. Tak makan dari pagi. Before balik singgah beli makanan dulu. Sampai rumah mak, tak mandi, tak apa terus je makan...haha..lapar sangat.....pastu apalagi tido baliklah. Penat badan tak abis lagi, tido pun tak puas lagi. Malam buat kenduri tahlil.

Petang Sabtu, bawak budak2 g 1 Segamat. 1 Segamat ni baru je bukak. Bawak mia n sacha main playgym kat ctu. 1 jam main, sonoklah dorang. Kita n along apalagi, g makan dulu, jalan2 window shopping je.. Ayah mia yang temankan diorang main. Sonok betul main. Pastu sambung pulak main kat luar. Cian diorang, dok rumah boring. Main kat cni safety ckt, lagi satu bersih. Maklumlah dioarng ni puteri lilin...hihi...  Pic kat playgym takde..sebab ibu2 cbuk g makan..






Balik rumah terus siap2 g tahlil arwah untuk malam ke-2. malam ke-3 tak dapat nak join. Pagi2 dah kene gerak g Melaka pulak. Join Kelas Shaklee lak. Saje je join, tambah ilmu, tambah kawan, tambah aura...hihi..Nak tau kisah class kat Melaka, korang baca je kat link sini. Tunjuk gambar je lah ye...

Yang baju putih tu lah cikgu class kami...Kak Zeti & Yang sebelah tu mommy shaklee saya Hadha...  
Yang gelak sakan tu organisr class

Antara yang hadir. 

Oklah..kita jumpa di lain entry pulak k...have a nice day..:)

Rabu, 1 Mei 2013

Restoran Tempayan ada Playroom..


Assalamualaikum & Selamat Hari Pekerja!!!!

Yeah!!! harinie ayah cuti....ayah mandikan saya......ibu tak cuti...jap g nak teman ibu g hantar barang....bestnya..bolehlah saya jalan2 jugak...:)

iklan gigi tak gosok lg...tp putih la...

baru lps mandi...

Selalu kalo esoknya cuti, malam tu mesti kitaorg makan luar...actually kalo makan luar kitaorg mesti pening kepala...bukan pe, dok pike nak cari tempat makan yg paling strategik, yg senang kitaorg nak makan...mia seminit pun tak diam n kalo leh dia nak jalan n tak mau duduk makan elok2....Ibu ngan ayah pun makan dalam keadaan tak tenteram...paling bahaya kalo makan kedai yg kat tepi jalan n takde pintu kaca tu...

Tapi baru2 ni kami dah jumpa tempat yg sesuai....Restoran Tempayan....dekat Sungai Buloh...kalau dari mrr2 tu samapilah ke hujung naik je flyover ke kanan then nampak the store sebelah kiri korang...restoran sblh kanan korang n sblh je dgn kfc...menariknya tempat ni ada play room untuk anak2 main....ok la camtu...ibu n ayah bole makan sambil tgk mia main..macam kat umah..kan senang..makan dgn tenang n takde nak terkejar-kejar....makanan pun not bad...mmg sedap...nasi byk, lauk byk...mmg kenyang....bersih pulak tu...boleh nampak dapur n tukang masak dok masak kat dapur.....memang puas hati dgn restoran ni....memang restoran ni akan selalu jd port ktorang la..hihi...

sebelum gerak posing dulu...

mula2 malu2, takut2...ajak ayah sekali..

dah tak peduli ibu n ayah...

nak main ngan kawan jugak...

nasi goreng paprik ku

nasi goreng usa hubby
makan dgn licin....mia pun makan byk...mia kalo makan byk tu tandanya sedap la tu...sbb mia ni makan memilih orgnya...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...