Hai, Assalamualaikum kawan-kawan. Alhamdulillah entry kedua saya untuk tahun ini. Entry before ni kami hantar anak-anak ke rumah cousin mereka di Puchong dan shopping berdua di IKEA. Nak tahu apa yang kami beli bolehlah klik di sini. Entry kali ni cousin-cousin diorang pulak datang tidur di rumah kami.
Seronok dapat makan Pizza Hut
Tidur bersama-sama
Setelah beberapa hari diorang pun dah mula rindu pada mommy and daddy diorang. Tapi nampak gayanya mommy diorang busy sangat dengan bisnes dia kan. Tak sempat nak datang ambil. Jadi, kita tolong hantarkan mereka terus ke ofisnya di Kepong. Sambil-sambil tu dapat jugalah melihat dan melawat ofis baru mommy diorang ni. Nak tahu apa yang dijual bolehlah tengok video di bawah ni.
Oklah kawan-kawan, itu je lah yang saya nak cerita entry kali ni. InsyaAllah semoga bertemu di next entry. Doakan saya istiqamah untuk update new entry. Assalamualaikum dan Bye kawan-kawan.
Hai, Assalamualaikum kawan-kawan. Alhamdulillah I’m back. Dah lama tak menulis di blog. Ada yang masih ingat saya ?
Untuk meraikan saya kembali menulis di blog, entry kali ni saya nak share item yang saya beli di IKEA baru-baru ni. Tempat pertama yang kami pergi setelah masuk Fasa 2 PKP di Selangor. Rindu sangat nak pergi IKEA. Ini memang favorite place kami suami isteri.
Kali ni kami pergi berdua tanpa anak-anak. Anak-Anak nak jumpa cousin diorang. Dah rindu sangat katanya. Before pergi IKEA kami hantar anak-anak ke Puchong dulu.
Hasil berjalan di IKEA dapatlah kami grab 3 barang iaitu hanger untuk sangkut baju husband, rug untuk ruang tamu dan item yang paling utama dan sangat-sangat nak beli ialah meja komputer.
Meja komputer ni kami dah lama aim. Sepatutnya nak beli sebelum PKP, tapi tak sempat. Meja yang sekarang ni sebenarnya sementara je. Alhamdulillah, dah masuk fasa 2 ni dapatlah kami ke IKEA dan beli MICKE DESK ni.
Saya suka meja ni sebab warnanya putih dan designnya nampak simple. Sesuai dengan tema saya yang minimalis . Meja ni juga tak lebar sangat, sesuai dengan space bilik kami yang agak kecil but still cukup untuk letak 2 komputer kami. Ada juga disediakan tempat letak extantion di belakang meja, jadi meja nampak lebih kemas. Wayar-wayar pun kita boleh sorok belakang meja. Selain dari tu, ada disediakan 2 drawer. Bolehlah nak letak alat-alat tulis, buku-buku nota dalam drawer tu.
Nak tengok saya pasang micke desk ni, bolehlah klik video di bawah ni. Oklah kawan-kawan, setakat ni sajelah sharing dari saya. InsyaAllah semoga bertemu di next entry. Doakan saya istiqamah untuk update new entry. Assalamualaikum dan Bye kawan-kawan.