Friday, 17 May 2019

Permainan Blok Untuk Anak Lebih Kreatif

Hai, Assalamualaikum.

Hari ni rasa nak kongsi mainan yang Mia dan Khalif suka main. Di rumah ni memang saya sediakan satu bilik mainan untuk anak-anak supaya mereka bebas nak main apa yang mereka suka dan paling penting mereka boleh sepahkan apa yang mereka nak (huhu). Nak kemas pun senang dan ruang tamu pun sentiasa bersih. Demi anak-anak ibu sanggup bagi Master Bedroom sebagai bilik mainan. Lebih luas dan selesa. Memang kena buat bilik khas untuk mainan-mainan mereka yang hampir setiap hari bertambah. Setiap kali keluar je mesti nak beli mainan. Takpelah, ibu ayah faham dengan usia anak-anakyang masih kecil lagi ni memang sukakan mainan kan.

Boleh dikatakan semua mainan yang ada di kedai tu nak dibeli. Kadang-kadang masa di kedai suka sangaat- sangat mainan tu. Tapi bila sampai rumah dah tak dipandangnya. Memang membazirkan. Tapi ada satu mainan ni kalau dibeli memang berbaloi. Mainan nie paling tahan lama dan paling disukai iaitu  menyusun blok. Untuk memudahkan anak-anak bermaian,  saya sediakan satu kotak khas untuk blok sahaja.

Maianan blok ni memang sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak. Saya memang galakkan anak- anak main blok supaya mereka dapat asah dan tonjolkan kreativiti mereka. Selain itu, blok bagus untuk anak-anak lebih fokus dan bantu tingkatkan tenaga kognitif mereka. Kalau nak anak pandai menulis boleh selalu dedahkan anak dengan blok. Bila tengok Khalif susun blok-blok tu saya boleh nampak personiliti Khalif. Khalif paling suka susun ikut warna,suka bina rumah dan buat robot.

Mainan blok ini lebih tahan lama dan tak mudah rosak. Boleh tahan bertahun-tahun. Lagi bagus kalau beli yang berjenama sikit. Contoh macam saya pernah beli ialah LEGO. Saya beli dari zaman Mia kecil lagi. Sampailah sekarang Mia dah 8 tahun, LEGO masih elok lagi, nampak macam baru beli semalam, warna tak pudar, tak pecah. Sekarang ni, Khalif yang selalu main LEGO ni. Dalam banyak-banyak blok Khalif paling suka main LEGO. Mudah dipasang dan tak mudah terbuka. Takdelah masalah selepas dah bina blok senang roboh kan.

Bagaimana dengan ibu bapa di luar sana. Apa yang anak- anak selalu dan suka main ? Sudilah komen di bawah. Jom layan video ni. Saya ambil masa Khalif tengah main LEGO. InsyaAllah ada masa lagi saya kongsi mainan yang anak- anak saya suka main. Sekadar suka-suka untuk kongsi dengan ibu bapa diluar sana.




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...