Friday, 7 June 2013

Jambatan Pulau Pinang Runtuh

Assalamualaikum kawan2...

Jambatan Pulau Pinang runtuh...

Seram je dengarkan. Mula-Mula ingatkan jambatan yang sedia ada. Biar betulkan. Rupa-Rupanya jambatan yang lagi satu, yang baru nak buat. Camne boleh runtuh..huhu..

Penyambung Jambatan Kedua Pulau Pinang Runtuh 
 Anggota keselamatan sedang memeriksa keadaan runtuhan penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan. - fotoBERNAMA


GEORGE TOWN: Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh pada kira-kira 7.15 Khamis malam.
Runtuhan berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung.
Anggota keselamatan dilihat sedang giat menjalankan pemeriksaan untuk mengenal pasti sekiranya ada kenderaan dan mangsa yang terperangkap.
Sehingga kini difahamkan sekurang-kurangnya sebuah kereta dan motosikal tertimbus di bawah runtuhan.
Pihak polis bimbang kemungkinan empat maut apabila sebuah kereta Perodua Kelisa berwarna putih ditemui tertimbus.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri mengesahkan bahawa seorang penunggang motosikal yang sebelum ini terperangkap di bawah runtuhan berjaya dibawa keluar.
Beliau mengalami kecederaan pada kepalanya.


Thursday, 6 June 2013

Balik kampung emergancy


Assalamualaikum....hai kawan2 sume...

Last week balik kampung Segamat. Balik emergancy. Mak call dalam kul 11 lebih camtu, malam jumaat, sampaikan berita Tok Mak dah kembali ke Rahmatullah. Mula-mula langsung takde rasa pape. Macam dgr org lain yg meninggal. Memang tak nangis pun. Lagipun memang dah lama tak jumpe. Malam tu time kemas2 beg barulah rasa sedih ckt. Arwah tok mak dah 82 tahun. Meninggal on de way nak g hospital. Harini dah masuk hari ke-8 dah. Semoga tok mak tergolong dalam golongan org2 yg beriman.

Kami gerak subuh dalam kul 6 camtu. Tak gerak malam sbb nak bagi ayah mia tido dulu. Takut nanti dia ngantok pulak gerak malam2. Kitalah tak tido malam. Sibuk kemas baju, basuh baju, sidai baju sume. Kol 3 pagi baru tido. Bangun terus siap2, tak mandi pun. Ayah mia je yg mandi. hehe. terus gerak. Alhamdulillah...jalan clear..sampai kampung 15 minit awal. kol 8.45...Mia sepanjang perjalanan tu tido bersama-sama ngan ibu.Sampai Segamat terus ke rumah arwah tok mak. Dapat cium dahi tok mak 2 kali. Sejuk je. Pukul 11 tok mak selamat dikebumikan.

Lepas je kebumi perut mmg lapar gila-gila. Tak makan dari pagi. Before balik singgah beli makanan dulu. Sampai rumah mak, tak mandi, tak apa terus je makan...haha..lapar sangat.....pastu apalagi tido baliklah. Penat badan tak abis lagi, tido pun tak puas lagi. Malam buat kenduri tahlil.

Petang Sabtu, bawak budak2 g 1 Segamat. 1 Segamat ni baru je bukak. Bawak mia n sacha main playgym kat ctu. 1 jam main, sonoklah dorang. Kita n along apalagi, g makan dulu, jalan2 window shopping je.. Ayah mia yang temankan diorang main. Sonok betul main. Pastu sambung pulak main kat luar. Cian diorang, dok rumah boring. Main kat cni safety ckt, lagi satu bersih. Maklumlah dioarng ni puteri lilin...hihi...  Pic kat playgym takde..sebab ibu2 cbuk g makan..






Balik rumah terus siap2 g tahlil arwah untuk malam ke-2. malam ke-3 tak dapat nak join. Pagi2 dah kene gerak g Melaka pulak. Join Kelas Shaklee lak. Saje je join, tambah ilmu, tambah kawan, tambah aura...hihi..Nak tau kisah class kat Melaka, korang baca je kat link sini. Tunjuk gambar je lah ye...

Yang baju putih tu lah cikgu class kami...Kak Zeti & Yang sebelah tu mommy shaklee saya Hadha...  
Yang gelak sakan tu organisr class

Antara yang hadir. 

Oklah..kita jumpa di lain entry pulak k...have a nice day..:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...